Life about the little girl, who the bride to-be want make her wedding diaries comes true...

Nurulsigim & Kamaruzaman



my endless love..

Erti Sebuah Cinta Kita


Hadirmu bak selembut sutera
Meresap ke dalam naluri setiap insan
Membibitkan suatu pertemuan
Melahirkan suatu keajaiban perasaan
Yang sukar ditafsirkan
Sucinya sebuah percintaan
Umpama salji yang meliputi separa alam
Kebersihan semurni jiwa
Kedinginan sesejuk hubungan cinta
Keikhlasan ibarat keutuhan warnanya
Pentas duniawi saksi perbicaraan
Antara dua insan
Yang memburu kasih sayang
Bicara romantis pengubat kerinduan
Hamparan janji terukir di bibir
Terpahat di sanubari
Menanti suatu ketentuan
Bicara cinta membenihkan benang kejujuran
Yang bisa menguji pasangan
Antara realiti dan kepura-puraan
Tergugat kesetiaan tercabar keimanan
Cinta tiada akhirnya
Kekal selama-lamanya
Terlerai ikatan hanya sementara
Bersua kembali bila tiba masanya....
Abg, inilah hadiah dr Atie sebuah lukisan potret kita berdua. Abg, Atie tetap memegang janji kita. Atie pergi dan pulang dengan sebuah kejayaan milik kita semua. InsyAllah.... mata ini sudah menitiskan air mata kepiluan...Selama 4 tahun abg menjaga atie...kali ini atie terpakse duduk berjauhan dgn abg kerana masa depan Atie..Atie kena kuatkan semangat....sekuat dan seteguh cinta kita....Abg,doakan kejayaan Atie dan juga perhubungan kita ye.. Atie amat meyayangi dan mencintai diri abg.

www.tips-fb.com
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 sharing & caring: