Life about the little girl, who the bride to-be want make her wedding diaries comes true...

Nurulsigim & Kamaruzaman



my endless love..

www.maskahwin.com

Salam Nurul ,
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang perihal dugaan di alam pertunangan.
Kata orang.. alam pertunangan ini banyak dugaannya, dan ini sering membuatkan ramai yang tertanya-tanya.. apakah dan bagaimanakah bentuk dugaan-dugaan yang mungkin terpaksa dilalui itu?
Sewaktu sebelum saya bertunang dahulu, saya membayangkan dugaan itu akan datang dari pihak ketiga.. iaitu sama ada, orang lain yang tiba-tiba muncul menganggu perhubungan pertunangan kami. Ataupun dugaan daripada pihak keluarga seperti ibu, bapa, atuk, nenek, atau sedara-mara yang mungkin tidak berpuas hati dengan ikatan pertunangan kami.
Namun begitu.. sangkaan saya itu sedikit meleset. Sebenarnya.. ujian & dugaan terbesar yang wujud di alam pertunangan.. bukanlah berpunca daripada orang @ pihak lain. tetapi, dugaan yang terbesar biasanya adalah berpunca dari dalam diri kita sendiri.
Antara dugaan yang terbesar sewaktu di alam pertunangan ini.... adalah dugaan melawan hawa nafsu yang semakin melonjok-lonjak. Maklumlah, orang kata, apabila sudah berunang ini, sebelah kaki dah melangkah ke alam rumahtangga. Namun begitu.. apa yang perlu kita faham.. ikatan pertunangan tidak lagi menghalalkan apa-apa pun antara lelaki dan perempuan.
Sudah bertunang, tidak bermaksud anda sudah boleh berdua-duaan di tempat yang sunyi.Sudah bertunang juga tidak bermaksud anda sudah boleh bertepuk tampar , bercium - ciuman atau pun berpeluk-pelukan di khalayak ramai.
Ramai pasangan bertunang yang terkeliru tentang hal ini. Pada pendapat mereka.. "Alah.. kan dah tunang.. apa salahnya?".
Ops!.. anda sudah silap.. ia sememangnya sesuatu yang salah..
Tujuan saya memberitahu anda hal ini adalah kerana ingin menyedarkan anda, bahawa.. dugaan alam pertunangan itu sebenarnya bukan sahaja datang dari luar, tetapi ia juga boleh datang dari dalam diri anda sendiri. Jadi.. bersiap-sedialah.. sama ada dari segi kekuatan iman mahupun kekuatan kewangan.. kalau kuat kewangan.. insyallah tempoh pertunangan itu dapat dipendekkan.. sekaligus dapat mengurangkan dugaan-dugaan tersebut.
Yerla.. duit semua dah cukup.. buat apa nak tangguh-tangguh lagi yer tak?.... kahwin je terus.. habis cerita! Insyallah tenang sedikit hati yang sedang bergelora itu..
Jadi... jaga iman anda dan jagalah ikatan pertunangan anda. Jangan tension-tension dan banyakkan berdoa memohon Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan hidup anda untuk menuju gerbang perkahwinan.
Oklah.. sampai disini sahaja email saya untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi di lain waktu.
Wassalam.

entry ni aku copy dr email aku...aku bercadang nak beli buku Mas Kahwin Yang Hilang...tak la mahal sgt dlm 20rm. buku tue menceritakan ttg bagaimana kita kumpul duit,manage duit utk perkahwinan kita ..tanpa kita membuat loan dr mana2 pihak... Ati dan abg mmg bertekad utk mengumpulkan duit belanja perkahwinan kami bersama2 dgn titik peluh kami. Abg dh pesan, nanti lepas kawen ternganga pulak ..sbb duit dah abes semua...so kami dlm usaha bersungguh2..insyAllah..

betul dalam email yg en suhaimy emailkan kpd sy..dah bertunang ni byk dugaan dan rintangannya. seperti pengalaman yg kami hadapi, mmg bukan kerna pihak ketiga atau apa2..kadang2 ianya dtg dr diri kita sendiri...kalau bergaduh jgn la bertindak mengikut emosial tetapi secara rasional..insyAllah, kita hanya sebgi manusia..kita mampu utk menjadi yg terbaik. atie pun x lari dr membuat kesilapan, tak tahan klu bergaduh dlm phone, sure i campak hp..smpi skrg hp ni dh gile...huhu...serik sebenarnya..insyAllah,aku dgn abg dh janji..takmo2 gaduh2..tegang2 urat..TAPI kami Saling Memaaf antara satu sama lain..xelok gaduh lama2..sengsara jiwa beb!


my love 4 u

www.tips-fb.com
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 sharing & caring: