Life about the little girl, who the bride to-be want make her wedding diaries comes true...

Nurulsigim & Kamaruzaman



my endless love..

~ nenda~

 Rentetan dari entry smlm.....

Assalammualaikum,

Hajah Awa Bt Hj Md Yassin

adalah nendaku, umurnya dah hampir 80tahun. Alhamdullilah dengan berkat doa, dia masih sihat dan berehat dirumahnya,di Jln Hj Abdullah,Bakri Muar. Dekat je dgn uma aku..Kami panggil die atuk, even atuk lg pun kami akan panggil atuk. org johor mmg gitu kot.huhu. moyang br kami panggil nenek.
dari umur aku 2thn kami dh duduk dgn die, semenjak arwah atuk ali meninggal dunia lg. Aku membesar bersama dengan asuhannya jgak. Nama adik perempuan aku pun dia yang bubuh, Siti Mariam diambil sempena nama moyang kami belah atuk ali.
Seronok duduk dgn atuk dulu, kami suke main2, bising2, buat kecah....abes rumah die dulu. Time atuk msk, mase tu atuk kuat lg, aku suke menyibuk...sibuk nak tlg mengacau. tak dpt pegang senduk pun xpe, janji aku dpt menyiang sayur, mengupas bwg, basuh periuk2. Aku suke gak klu ikut atuk g pasar besar muo, tp aku jarang dpt ikut, sbb nanti die kate nurul x kuat angkat brg...huhu.selalu die bwk adek laki aku atau mariam. erm, tggu la aku kat uma..intai kat tingkap, klu dengar loceng beca pak mail,tandenya atuk dh balik!!
Time msk maghrib, xleh bukak tv..kena solat,kene mengaji. Mama mmg anta kitaorg g mengaji. Aku ni mcm cendawan,sikit2 nangis bile g mengaji sbb makcik mengaji tu Garang! x dpt kenalah mrh kan...balik uma,nangis...huhu.
Suke tlg atuk kemas rumah, basuh simen,basuh longkang uma....hehehe, dpt upah..rm1! hehehe...jirus pokok2 atuk...seronok! atuk suke bercerita, mcm2 cerita ade...sepupu2 aku alik lg aku suke, sbb uma atuk ramai org...kitaorg suke pakse atuk supaya jgn stop bercerita. Atuk byk bg nasihat, terima kasih tuk :-)

20tahun dah berlalu....

semenjak atuk jatuh sakit dulu, atuk duk mak long kat kl. kesian atuk xdpt nak jln. lama jgk atuk sakit duk kat kl. Agaknya die terlalu rindukan rumah die kat muar, lastly die blk ke muar, kene amek pembantu ruma,h setakat ni dh 3 org pembantu yg berkhidmat jaga dia. Bile aku kat muar, aku akan jenguk die, walaupun x lama,kami ttp akan berjumpa.
Mula-mula dulu aku ckp ade org nak msk meminang, die terperanjat jgak,umur aku 22thn. Agaknya die igt aku muda lg utk menempuh alam2 tu. Dr merisik,bertunang hingga bakal berkahwin nanti, mmg majlis kat uma die, alasan pertama sbb sedara-mara ramai, umah aku kecik dan xde kawasan utk menampung keramaiannya. Alasan keduam sbb uma atuk luas sikit, so mak ayah sedara akn selesa berada disitu, berkumpul satu keluarga. Atuk x kisah aku me'minjam' rumahnya, aku nak abadikan kenangan itu dgn atuk, sedara-mara,famili dan jgk rumah tu.
Masa aku nak bertunang, atuk selalu bg nasihat, nak buat majlis/kenduri kene elok2,tersusun..sbb kite nak jemput org dtg uma kite. 'Ye tuk, angah tak nak susahkan atuk, tuk jgn risau. Semua angah settlekan',atuk pentingkan bab jamuan mkn, yela zaman masa die kuat lg,aku igt lg, uma tu selalu gak buat kenduri arwah. mmg proper la kan..org dulu mmg mcm tu, ade org2 kg dtg, bile atuk dh sakit ni jarang die kuar jumpe org2 kg, org muda skrg lain dh, mane ade lg dtg nak buat pakatan.aku rase lg seronok zaman dulu, kali terakhir rumah atuk buat majlis kahwin mak ida dgn busu nazri.

 2 tahun berlalu

Sekarang turn aku plak, cucu perempuan yg kedua dan yg pertama buat wedding aku kat rumah tu. Gembira dan sgt terharu, alhamdullilah,smpi hajat aku sbb atuk masih bersama kami lagi. Pagi td aku call atuk,lebih kurang stgh jam kami berbual, ttg persiapan kahwin aku. Atuk akan sponsor telur, dan disbbkan nak buat telur pindang..betul ke aku eja tu? aku akan tempah dgn adik ipar abg aku, mak die boleh tlg buatkan.
Tuk,minggu depan angah alik,insyAllah kite jumpe nanti ye. angah pun alik nak uruskan borang nikah pulak. Angah nikah kat surau bakri, batalkan air sembhyg dgn jamuan kite buat kat umah. Jamuannya, nasi putih sama dgn asam pedas ikan pari.Ttg khatam al-quran pun angah dh bgtau mak ida, klu mira nak sama khatam pun boleh,temankan angah nanti.

Tuk jgn risau2 ye, semua angah dh settlekan...mcm kenal je ayat ni,huhu. Angah mmg tak nak menyusahkan sama2,lg2 atuk...atuk rehat je, tak yah risau pe2. angah akan uruskannya dengan baik,insyAllah :-) Atuk pesan, angah belajar elok2.

4 bulan akan dtg

Aku akan jadi isteri kepada En Kamaruzaman. Atuk, doakan kami ye. Angah syg atuk.Harap-harap semuanya akan berjalan lancar.Amin.


nota kaki :  our planning weekend ni kene post pone la! x suke...x suke...tak msk lg pun loan, ape ni..xpenah rase mcm ni dh last2 sem kt sini...itulah sy mmg tak suke disini.huhu.this friday ade meeting dgn lect utk final project. catch us : lexicon03

promotion : sy dpr email ni, leh klik sini : make-up artist   dan dari  photographer
yg sedang mencari, terus mencari, sila lah ke situ ye :-) tq

Cinta Untuk setiap hari bukan Selamanya...

www.tips-fb.com
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 sharing & caring: