~ veil ~
~ deal !~
nak kawin..nak kawin....semua org nak kawin kan...semua org nak yg terbaik utk majlis impian,betul kan?
persiapan kawin ini bukan keje mudah....org kata pengantin tak yah buat ape2....org lain akan settle kan....masih ade org mcm tu, yela....kos bkn kuar dr pengantin....sponsor dr org tertentu,leh la kite goyang kaki? betul kan... tapi ade jugak bride to-be...yg nak uruskan sendiri...sape tak nak, majlis sendiri, mesti la yg paling best la dlm hidup, betul kan...
Cinta Untuk setiap hari bukan Selamanya...
Pride & Joy
~ Pengorbanan~
in progress DIY - Bunge Teluq ( Part 6) : UPDATE!
ketemu lg kite..dah jumpe dah adapter hp! kualiti gmbr amat rendah, so nmpk 'tak cantek' dan 'tak sempurna' la pulak dlm hp ni. sesudah reben bunge dah siap, setelah sy sudah siap men'gopek' ke mengupas bwg2 utk masak hari raya jumaat ni....akhirnya, terduduk la sy menghadap laptop yg kene 'format' tak lama lagi ni..
so....
so...
' Hadiah Cinta '
Cinta Untuk setiap hari bukan Selamanya...
~ Selamat Menjalani Cuti Semester!~
Cabaran & rintangan untuk sem depan adalah lebih mencabar, final Sem!
lexicon gal : Mid, Min, Baizura, Sigim, Cecima, Hafizah, Arina :-)
catch us : http://lexicon03.blogspot.com
~ Minggu Final Exam ~
Hanya tinggal 6bulan lagi..
Tatkala ini...penghujung bulan ni aku masih sibuk dgn urusan belajar, final exam pd 18nov ni. masih belum bersedia, masih sibuk menghantar assigsments major. Selesai menghantar keje advert, masih menerima keje utk exhibition..last minute decision, hanya menurut perintah. saya hanyalah seorang student :-) Pameran di Galeri Upsi pd 10nov.tiada assesment seperti dijanjikan dulu. Dan juga pameran di Penang pd 19,20,21nov...(berjalan2 lah kami pada cuti sem ini). seronok time belajar ni, berjalan2..:-) * last minute : TAK JADI PERGI!
Sempat juga, berkesempatan aku ke Nilai bln bape ek..bln10 akhir kot..aku sempat survey curtains, murah dan menepati citarasa. simple design :-) sudah ku suarakan kepada mama, insyAllah, sponsorships nanti :-) senyum lebar la aku. jika tak berkesempatan kesana lg, hanya la beli di Nagoya, Melaka. Bln 12 jugak, aku mahu ke Ayer Itam, Bp..mahu memborong bekas mengkuang yg masih kurang 300 biji. paper bag utk vip 200pcs.
Hal brg hantaran, dlm progress membelinya, beli satu2 tiap2 bulan. Awal bulan 1 akan disettelkan semuanya. Bln 12 abg dah mula survey barang kemas utk saya :-)
6bulan lagi....tgk abg, mcm relax..aku selalu bertanyakan ttg ape2 masalah yg timbul...'abg,abg ok?' ye,abg ok la syg...'xde la ngk abg mcm happy je, betul xde masalah lain'? takut x? nak takut ape ye syg?'yela...dah dekat, syg takut..'haih, bukan seronok,beriya2 ke nak kawen?'mmg la seronok, takut...masa, sy sibuk dgn final..kewangan sudah tentula kan...tanggungjawab..mmglah, boleh, syg boleh buat,abg boleh lakukan,insyAllah..aku senyum, terima kasih atas sokongan abg :-)
Penantian ni akan berakhir......akan tiba hari itu..sama2 doakan kami yer.terima kasih semua :-)
Cinta Untuk setiap hari bukan Selamanya...
:: MERISIK GALLERY ONLINE CONTEST::
Sejak bertunang pada tahun 2June2007, saya mengimpikan fresh flower untuk hantaran saya. Tapi apakan daya, impian saya tidak dapat direalisasikan kerana kos untuk menggunakan fresh flower amat tinggi. Bayangkan sekuntum bunga ros merah berharga Rm2.00(price di kedai bunga Muar), kalau dulang hantaran hampir 9 dulang dan jumlah bunga untuk digunakan mesti dalam 10kuntum?? huhu..saya pernah saje survey sedulang dekat rm60? adakah termampu saya? owh, smestinya tidak kerana saya akan men'gigit' bunga tu..huhuhu.
Sejak 2 tahun bertunang ini, saya tetap menyimpan hasrat untuk hantaran perkahwinan saya bakal berlangsung tahun depan dengan menggunakan fresh flower. Saya akui saya tetap tidak akan mampu merealisasikan impian saya itu, kalau tak dapat pun , sirih junjung saya adalah dari gubahan fresh flower :-), alhamdullilah, insyAllah saya dapat mengubahnya sendiri kerana saya membuat percubaan pertama mengubah sirih junjung untuk hari pertunangan adek perempuan saya 10.10.09 .
Terima kasih kepada salah seorang blogger yang menjadi follower saya - w.a.n.n.o.r.f.a.d.z.l.i.n.a kerana tergerak hati saya untuk browse blog merisik gallery dan skrg saya mempunyai masa untuk membelek2 blogger2 yg lain. Saya menyahut cabaran pertandingan tersebut untuk memenanginya :-)insyAllah :-)
Jadi, marilah blogger2 yang tersinggah di blog saya dan jadilah follower saya untuk kita berkongsi pendapat dan idea :-)
Syarat-syarat pertandingan ini yang boleh melayakkan anda menjadi pemenangnya ialah :
Hadiahnya berupa :
PERCUMA 5 DULANG HANTARAN FRESH FLOWERS WITH ANY THEME COLORS!!!!
Cara Penyertaan:
Jadi FOLLOWER Mersik Gallery di blog ini <-------sila tekan disini
Letakkan banner promosi cuti sekolah ini di side bar blog anda dan link ke entry ini (pastikan anda link blog ini; jika tidak link, bermakna disqualified)
Jadikan entry ini STICKY POST/MODE sehingga 18 November 2009
Buat entry mengenai GUBAHAN HANTARAN IDAMAN SAYA dan link kan entry peraduan ini di entry anda
Nyatakan nama anda, nama pasangan dan tarikh perkahwinan anda
Pergi ke http://merisikgallery.fotopages.com/ dan pilih 1 hantaran yang kami pernah buat yang paling anda suka. Kemudian, paste juga gambar dari fotopages kami tersebut di entry anda
Pastikan tajuk entry anda ialah MERISIK GALLERY ONLINE CONTEST
Sesudah lengkap semua perkara di atas, tinggalkan komen di sini berserta link ke entry anda untuk kami hakimi.
Syarat Penyertaan:
Tarikh perkahwinan anda mestilah antara 20 November 2009 sehingga 31 Disember 2010
Terbuka kepada bakal2 pengantin
Entry anda akan diadili oleh team Merisik Gallery dan segala keputusan adalah muktamad
Jika anda telah terpilih sebagai pemenang, dan gubahan hantaran anda melebihi dari 5 dulang dan anda ingin menambah lagi beberapa dulang, harga istimewa akan diberikan!
Gubahan sireh junjung tidak termasuk dalam promosi ini
Jika kami dapati entry anda bukan entry sticky sebelum 18 November 2009, secara automotik anda akan terkeluar dari penyertaan ini
Penyertaan dibuka dari 26 Oktober 2009 hingga 18 November 2009, jam 11.59pm
Jangan lepaskan peluang ini!!!!!Nak lagi????
Untuk follower ke 100, sila e-mail merisik_gallery@yahoo.com untuk menerima hadiah misteri!!!!!!!!
:: GUBAHAN HANTARAN IDAMAN SAYA...:: <-------sila tekan disini
Pengantin Perempuan : Nurulsigim Binti Abduwahab
Pengantin Lelaki : Kamaruzaman Bin Mammu
Tarikah perkahwinan : Pernikahan ( 4June2010) Resepsi (5June2010)
untuk mengetahui lebih tentang cerita simbol 'hadiah cinta' kami bakal berlangsung nanti pada 4 June 2010 ,merisik gallery ada jawapannya...keunikan & cantek sgt2 mata memandang ni.. dibawah antara theme koleksi gmbr gubahan hantaran yang diambil dari http://merisikgallery.fotopages.com/
Inilah hantaran 'impian' kegilaan saya :-) dengan arragement serta akseksori lagi menambahkan keceriaan fresh flower yang membuatkan hati saya benar-benar tersentuh dengan keikhlasan 'hadiah cinta' ini.
Saya mahu memberikan nama untuk konsep hantaran 'hadiah cinta' kami iaitu : Tautan Semarak Kasih. Color theme yang menjadi impian saya : Pink+Brown. Bunga rose idaman saya: White+Pink.
Menjadi keistimewaan dan lebih eksklusif apabila hantaran di gubah dengan bunga segar sebagai penyeri. Bukan sahaja menarik tetapi redup mata ini memandang jambangan bunga yang mekar indah.
Begitu juga dengan pemilihan bekas yang digunakan untuk meletakkan 'hadiah cinta' kami perlulah bersesuaian dengan konsep hantaran tersebut.
Warna adalah elemen yang terpenting dalam hantaran. Pilihan warna yang tepat menjadikan gubahan hantaran mempunyai daya tarikan utama dalam sebuah majlis perkahwinan. Pilihan warna lembut menjadi pilihan saya untuk hari pernikahan saya nanti. Ia bukan sahaja indah malahan membuai rasa ketenangan sesiapa yang melihatnya.
Pastinya...ia menambahkan semarak kasih diantara pasangan pengantin baru.
nota kaki : sticky mode sehingga 18November2009 jam 11.59pm