Life about the little girl, who the bride to-be want make her wedding diaries comes true...

Nurulsigim & Kamaruzaman



my endless love..

Sekembaliku di UPSI..


Lenguh kaki .......sbb mengangkat dan mengangkut brg2 naik ke tingkat 8, nasib baik ade lif.
Alhamdullilah.....semua ok....kejap lg K.O la ni...penat sgt...tp mata ku masih ligat mahu menge'post'kan sesuatu di blog kesygan aku nie.

Akhirnya, aku dicampakkan keseorangan jauh....cewah mcm la jauh sgt dgn geng batch aku yg 6 org tu...eheheh....diaorg tinggal seumah di level 9, dan aku di level 8 je.eheheh. semangat kengkawan aku ni tau..heheh.anyway, tak menjadi masalah pun...gie kelas pun sama, discussion pun akan sama...Roomate ak kali ni adalah sama batch ngan aku tapi student seni..kamcing sbb aku peramah..perasaan lebih aku ni...eheheh.

Syukur alhamdullilah jugak, keputusan exam semester lepas, aku berjaya...membuktikan aku mesti boleh lakukan, dan bukan utk membanggakan diri, sekadar berkongsi kejayaan saya bersama anda semua...saya masih dpt dean list. Terima kasih semua pensyrh yg mengajar, parents and family mendoakan saya , also my fiance yg byk memahami keadaan saya ketika saya dlm keadaan tension....

Sekembalinya aku ke upsi ini......dan 2009 akan melabuhkan tirainya....2010 semangat baru dan matlamat mesti dicapai..perjuangan masih diteruskan......insyAllah , semester ini akan menguji dan mencabar semangat aku..

Dan sebelum aku smpi ke sini,akhirnya aku berjaya belajar menjahit beads...yeayea....aku belek2 beads kat tudung beauty aku tu, 'mcm mane agaknya die jahit ek, sambil membelek2 tudung tersebut...ape lg, aku jahit la beads tu kat tudung nikah aku...insyAllah, nanti aku upload die entry lain, sbb gmbr nya di hp mama aku...

ok....tilam yg empuk menanti ku......

Cinta Untuk setiap hari bukan Selamanya...

www.tips-fb.com
Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selangkah ke hadapan lagi.......

 'Alhamdullilah...'

Petang yang redup, setelah bumi ini disimbahi oleh hujan.
Di atas katilku yang empuk dan selesa,aku meletakkan babyku..
dan jari-jemariku mula menaip sesuatu untuk entry kali ini..

Hampir 3 hari aku tak menjengah blog aku ini, maaf ye kwn2, aku amat penat dan letih ..lg2 dalam keadaan diriku PMS..huhu

Jumaat 18 Dec 2009 : Lepas lunch hour dgn abg, aku plan mengajak die ke BatuPahat. Seperti yg korang tahu di entry ku yg lepas...aku mahu ke nagoya, utk beli kain langsir. Lepas abg dah cuci kete, aku ajak adik abg aku dgn adik perempuan aku , lebih kurang pukul 3ptg. Lebih kurang 1 jam perjalanan....
Sampai dan masuk je dlm Nagoya tu...aku dah mula la rambang mata...aku siap bawak cth kain ukuran langsir sbb nak tau knp...aku tak reti lah nak ckp mcm mane nak ukurannya....huhu..sengal kan..
Dekat 5 kali aku pusing2 dlm nagoya tu..agak memenatkan jgak..abg ttp cool...hehe.
Pilihan harga
RM 3.00 semeter (lining kosong)
RM 5.00 semeter (lining bunge2)
RM 5.00 semeter , RM 6.00 semeter, RM 7.00 semeter..dan hampir mencecah RM 20.00++
Dan pilihan aku, akhirnya ialah : RM 5.00 semeter, agak tebal jgak kainnya..puas hati dgn color gold dan coraknya bunge kecil untuk bilik pengantin yang mempunyai 3naco(tingkap). Aku cuma ckp dgn tukang potong kain tu, 3 tingkap tapi ikut ukuran yg aku nak serta lebihkan 6inci. Means, ianya akan dr syiling, tapi tak la smpi jejak ke syiling, * dpt bayangan x? Pintu bilik pengantin ukurannya standard.

Dan liningnya jugak adalah RM 5.00 semeter, color white untuk ukuran yang sama.
Totalnya = RM 95.00
untuk rel langsir ini aku akan beli rel yg ada relung2 tu..dah survey x smpi RM 100 pun, color white. dan skarf langsir ni aku nak beli jenis yg mcm cucuk sanggul tu...korang mesti tau..hehe..sory tak tau nk mention nama mende tu.skrg pun list untuk bilik pengantin cuma bantal tidur je...abg nak yg jenis kabu2 tu, sape leh buat ek?ade lg ke kabu2?huhu..aku nak beli yg kat akemi tu..tgh offer, die kate abg tak selesa dgn jenis bantal tu.
Aku dah hantar gi tempah langsir tu ke uma Kak Mah, akak ni mmg specialist jahit langsir...utk pelamin, mcm 2 jenis die tau, kita ckp je, die tau nak buat. Kami berdua rapat disbbkan family tunang aku mmg rapat dgn Kak Mah sejak mereka adik-beradik kecik lagi..once aku tanye, kak mah bape upah ni? dia senyum je...ish,kak mah ni, sy ttp akan byr sedikit upahnya walaupun kak mah tak nak.

Pagi Jumaat tu, aku dah siap2 iron baju kurung aku dgn baju melayu abg...rajin kan tunang , siap amek baju dia, bwk balik uma iron kan. Knp aku mengiron ni? Sebab esoknya kami berkursus kahwin kat Balai Masjid Jamek Sultan Ibrahim,Muar. 2 hari abg cuti berniaga, menghadirinya kerana tuntutan agama,bukan kerana terpaksa tapi kerana Allah SWT.

Alhamdullilah...Semua berjalan baik dan lancar.

19 Dec 2009 & 20 Dec 2009
8pg kami, termasuk adek perempuan aku ,Siti. mendaftar kan diri di sana.
Hujung tahun ini, ramai org berpusu2 mendaftar diri utk kursus. Kali ini hampir 200org hadiri kursus kawen. siap kene buat tmpt kursus lain. Semua takut kerana ada ura2 mengatakan kursus kawen akan diadakan 3 hari 2 mlm..sejak bertahun2 dulu dengar..tp tak jugak buat2. Disbbkan apa nak tau? Kebiasaan diakhir kursus kan ada borang penilaian, ada cadangan...ade pulak peserta ini mencadangkan perkara yg sebegitu.
Kursus ini pun yuran hampir RM120 seorang utk 2 hari tanpa bermalam. Inikan pula nak bermalam2, banyak duit?? Kos dan masa serta tempat sape nak tanggung? Kerajaan jgak subsidi ke? Perkara2 ini perlu ditelitikan dan difikirkan.

InsyAllah :-) Mas kahwin bg negeri johor juga akan dinaikkan, masih dalam pertimbangan. Dalam lebih kurang RM 200. Dan juga harga borang2 utk nikah pun akan naik disbbkan, borang-borang ini akan boleh diupload di nanti , beli secara manual pun boleh, klik je kan....senang, mudah dan selamat :-)

Setelah menghadiri kursus ini, sedikit byk dpt munasabahkan diri .kami dpt pengalaman,persediaan dan ilmu yg manfaat utk kehidupan yang akan datang. Gambaran untuk proses permohonan,Ujian saringan HIV , dan kebenaran kahwin. Remind 3 bulan seblum hari nikah, semua borang kena lengkap dan submit. Means kami akan uruskan pada bulan 3 nanti, insyAllah :-) Lupa plak, temuduga utk berkahwin, tips dah dpt..insyAllah, kami sudah bersedia.

' Selangkah ke hadapan lagi.........'

nota kaki : aku dah register untuk semester hadapan...yey, dah semester 7. Timetable pun dah ngk, monday smpi friday. nmpk full tp semua satu kelas. tak lah pagi sgt kelas :-) aku kehairanan, nape tak kuar lagi result exam? alamak, tiket bus..lum beli lagi..mcm x nak balik je aku ni..abg pulak yg tlg ingatkan...

Cinta Untuk setiap hari bukan Selamanya...

www.tips-fb.com
Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ 1431H ~

Salam buat semua :-)

Semoga kalian bertambah rezeki, azam dan matlamat yang baru di alaf baru ini.
Aku jua sebagai manusia, yang sering melakukan kesilapan terlupa serta lalai, bermohon agar aku dapat membaiki segala kesilapan yang telah aku lakukan, Maal Hijrah..memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Membuka pintu hati kita untuk menjadi manusia yang lebih baik dan lebih bersyukur dia atas dunia ini.Semoga penghijrahan kita akan memberi kebaikan kepada kehidupan kita semua. Amin.

Tinggal lebih kurang seminggu lagi untuk aku kembali semula ke Tg Malim bersama2 rakan untuk semester akhir di sana dan lebih kurang 5 bulan lagi untuk berpratikum. Di saaat ini, aku masih menunggu notis pemberitahuan keputusan akhir peperiksaan semester lalu. berdebar-debar rasenya..insyAllah :-)

Alhamdullilah...aku dah kemas rapi2 elok2 brg2 bunge telur tue semua, setakat ini aku dah siapkan 80pcs sahaja, lg 120pcs hanya rangka je siap, nak celupnya rasenya bile ade free mase.Aku dah buat sedaya yg mungkin, dah simpan dah dlm kotak. lega rase hati bile dah siap. Tak dpt nak amek gmbr sbb camera tak berapa best la...hp je,tak jelas sgt. nanti ek dilain entry plak, seperti dijanjikan di entry part 7 nanti ok :-) sory beb:-)
Rasenya persiapan kawen utk bulan ini, aku akan ke nagoya,bp.insyAllah,utk beli kain langsir untuk bilik pengantin dan kursus kawen pun setel.
Dengan seronoknya, bln 1 leh update buku bank :-) alhamdullilah, rezeki menabung,sikit2 lama2 jadi bukit...weee....Bln 1 leh la nak beli brg2 hantaran yang tergendala, semakin dekat hari..semakin ade mood nak beli..selagi x,selagi tu malas nak naik shopping complex...huhu. Bln 1 nak jumpe mak andam tu sekali lagi, nak update ape2 yg tertinggal dgn nak tunjuk fashion baju sanding nanti, abg dah nak byr deposit. nanti aku update di lain entry ye tentang pakej yg diaorg bagi kat kitaorg...mmg berbaloi!baloi!

hee..aku dah potong rambut! rase ringan kepala aku bile dah potong rambut, layer dan bagi nipis sikit. rambut aku tebal sgt, klu pakai tudung kene ikat dan sanggul...sakit kepala terperap dlm tudung. at least pun dah pun potong ni leh gak ikat tp tak lah tercerut...smpi dah nak kawen nanti, pjg dah lagi rambut aku.
Semenjak berita kat tv, JJ melaka meletup sbb saluran gas pecah, aku terus batal niat nak gi sane. xpela, bg semua ok..aku g nanti satu hari nanti. Ade hikmah semuanya...

Dan tepat kul 6ptg, khamis ...aku duk menghadap tv, ape lagi..sokong malaysia vs vietnam la kan, bola sepak.huhu..semenjak bile tah suke...tetiba mcm best je kan nak layan. yayang aku lagi bgtau dr semlm, kul 6 abg nak ngk tv, bola sepak..die tgk kat uma die..aku layan kat uma mama dgn papa. papa aku pun balik awal dr keje,5.30 dah smpi uma, semata2 nak ngk bola sepak. Hebat, separuh mase kedua, malaysia gol 1....alhamdullilah, Malaysia menang! 1-0..hehehe....skuad harimau!

Cinta Untuk setiap hari bukan Selamanya...

www.tips-fb.com
Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

P. R . E . V. I .E.W

Seminggu dah rasenya , saya tak men'coret'kan ape2 dalam blog kesygan saya ni :-)

Firstly, preview ttg ari Jumaat , spt biase, abg tak berniaga ari ni, so kewajiban dan kebiasaan kami akan lunch sama2 ari ni kat luar, semestinya kedai asam pedas muar.
Dan siap2 kan barang2 yg saya dah kemas yg dah packing dalam box dan seal, utk disimpan di rumah atuk saya, rumah dan bilik saya tgk dah rase 'semak' sgt dgn barang2 persiapan kawen saya. bwh katil, tepi katil, dgn bunge telur lg...brg2 itu ialah : utk deco bilik,bunga hiasan, kotak2 bunga telur saya :-)

Alhamdullilah, aku dah 'continue'...mecelup dip, dah 2-3 kali agaknya aku duk serbu kedai yg jual dip tu, geram dan...bile la aku nak siapkan ni??..aku sambar je kaler gold dulu, aku dah tukar plan, 200pcs akan jadi ade 2 color ;-) 'ape2 la cik shigim, janji ko puas hati ' hehehe, selalu mcm tu.......abes tu color dip putih tak de pun sampai2 lagi..ijo dip pun xde lagi..so td dah celup...duk tgk tv, 'tenyeh' la sekali membentuk bunga :-) 'perlahan2 cik shigim, insyAllah..'

Sepatutnya, 12 dan 13Dec ni saya dan en yayang kene kursus kawen...postpone plak...bukan kami yg postpone kan ye, pejabat agama daerah muar yg cal, siap sms lg, postpone next week (19&20Dec). Xpe, kami tak kisah, nasib baik next week, buek nye den dah balik sy, bile lg nak gi? den tak sempat la nak balik terkejar2 ni...ameen, nasib baik :-) xpe, mereka pun manusia, ade perkara yg kite rancang kadang2 tak mengizinkan oleh Allah S.W.T....seperti la berita mlm td, pengantin lelaki maut bersama parents dia semasa perjalanan balik dr bernikah.....Ya Allah, kau tabahkanlah hati isterinya, ameen. Bagaimana perasaan dia ketika itu? Menjadi isteri yg sah dalam beberapa minit sahaja, kemudian.......suaminya dah tak ade...ajal ditgn tuhan. Dan kita masih kene bersyukur kerana kita masih menikmati dunia ini.

Aku sedang nak belajar dr seseorg utk menjahit beads, dpt asasnya...senang la den nak diy :-) Aku semakin seronok plak skrg utk diy...kalau leh semua aku nak diy....daya ke ko shigim? x daya den...naik cuti semester ni, aku dah kene tumpu2 betul kt final dan aku mesti mantain utk pointer...cannot main2, nanti yayang marah sbb aku malas belajar....
Baju nikah dan baju hantaran kitaorg siap tengah bulan depan...tailor tu kate bukan senang moi mau jahit kain jenis ni, kene slow, hati2...nasib baik ko paham ayu..hehehe, kain byk mhal woo, that's why u kene hati2..hehe. berangan2 ye aku, igt bulan ni dh siap, so leh la leka2 aku  nak menjahit beads nak tambah sikit kat baju tp....naik cuti sem, itu aku tak janji la aku leh buek ke idok...aku try la,insyAllah :-) nampak gayanya klu tak de angin ke ribut ke, aku tempah kat orang jela. Layah aku mmg tempah, itu den tak daya la nak buek, cuma if ade kain lebih dr baju nikah, aku nak potongan dr tgn kak izan...cuma tambah beads je, if tak de kain lebih, aku tempah baru je la kan... :-)  abes cerita......

Lagi satu yg aku duk fikir2 kan.....hal final project semester 7 ni....poning2, ape den nak buek ni tuk final? adui, final bebas? minggu pertama dah nak idea? proposal lagi......idea TVC......? Ape aku nak buat ek? korang2, ade idea2 tak? ok, sy terangkan joc spec sy ye, sy ni student visual communication, majoring in advertising dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.so ape yg relevent utk final project saya? saya dah kebuntuan ni sebeno2nye......bantula saya..terima kasih :-)

Rase seronok sgt dan dpt ilmu bile bc2 blog2 yg aku sempat click...yg tgh pantang bersalin, bride to-be...aku paling teruja bekas telur vintage tu..rm1.90 je kau....bagi aku borong,best tu. Jayajusco baru kat melaka sentral lagi la menerujakan aku.geram je 17 dec ni dah open, best sungguh. dan sedikit ilmu ttg kursus kawen, bakal pengantin di johor,  alhamdullilah...aku mmg rajin membaca, serba sedikit ilmu aku peroleh dgn membaca blog, pengalaman kalian memberi sedikit dan kongsi ilmu kepada saya dan semua org. terima kasih semua bloggers!

Dan aku skrg megilai game dinner dash 2, gile.....layan mende tu, dah level 13 pun..eheheh, mesti berjaya punye..hehe.

Pasal kad kawen plak ek sy mau cerita, aku dpt email dr seorg blog iaitu http://warna-i.blogspot.com/
mula2 blog tu just ttg souvenirs yg mereka jual, menarik jgk blog dia...aku suke :-)


credit to : Cuckoo Prints
http://warna-i.blogspot.com/


aku sudah terjatuh hati dgn design kad kawen die, white pure suci gitu. tak tau la berapa skpg. aku quote, klu pricenye memberangsangkan aku...insyAllah :-) satu design tue, kene plak dgn theme color aku..bile tgk kad ni terigt kat kad kawen parents aku..putih mcm tu, sweet je... 


 credit to : Cuckoo Prints
 
anyways, guys...i need to go sleep.. will be continue.....insyAllah :-) maaf lambat masuk entry ye kwn2..kunun2 sibuk dgn preps...eheh.

note : x sabar utk entry part 7 and part end utk bunga2 telur diy saya ;-)

Cinta Untuk setiap hari bukan Selamanya...

www.tips-fb.com
Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ho...ho..horayyy! UPDATE

duduk diam2 ye, smpi mase nanti, 'kamu' akan dikuarkan...hehe

saya dah berjaya 100% menyiapkan bunga teluq (part6), yg color gold yg glamer tu :-) cr kotak besar dah ,'mereka' sudah disusunkan dan akan disealkan elok2, seterusnya disimpan di tmpt yg selamat, insyAllah :-) 80pcs siap

utk bunge teluq 200pcs tu akan di'update' utk entry yg lain (part7), buat mase ni, saya sudah nmpk bentuk jenis bunge tersebut, sy sedang berusaha menyiapkan rangka2 bunge tersebut. insyAllah :-) 320 rangka sudah berjaya :-) tinggal 480 rangka je lagi masih lum gerak. celup pun belum abis, sbb sy kehabisan stok color dip.

dan sy merajinkan diri, buat bunga tangan utk hari nikah sy nanti, color pink+gold. alhamdullilah sy berjaya siapkan. sudah simpan elok2 :-)
tadaa...so lovely, dah simpan...tggu hari yg bahagia :-)


inilah buku kesygan yg menjadi rujukan aku ketika saat memerlukannya..
actually hadiah dr adek perempuan aku,ct :-)

Cinta Untuk setiap hari bukan Selamanya...

www.tips-fb.com
Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

YES!!


hingga 3 January 2010.........yes...yes....dgr kat radio...duk promote yes..yes....ape yes? rupe..rupenya YEAR END SALE...huhu. igtkan ape lah....

seperti org2 lain yg bershopping, aku pun tak melepaskan kesempatan itu....hehe. marilah kita bershopping sakan! Kami sekeluarga ke Melaka, seperti biase la tempat kebiasaan bershopping. Ape lg, Parkson jd sasaran aku..mau beli cadar katil kawenku nanti..dari harga Rm600 lebih..tinggal Rm195 je.. dan juga 1 set sarung batal..jenis cotton egyption..mcm satin tapi bukan..huhu.Rm55.00 je..mengikut color theme yg aku kehendaki iaitu gold dan semestinya brand AKEMI. Puas dah dpt beli.. :-) tukang byr : my father. terima kasih,papa :-)

so pencarian seterusnya , adalah curtain pulak....tak tau la bile nk g...tak tercapai2 hajat aku ni nak g nagoya.huhu.

note : sedih sbb pin brooch mutiara dr sabah ilang di tudung, careless la ko ni shigim..sedih sgt..tak de rezeki..selalu mcm tu, pin tu tak berapa ketat, so ilang la..nanti mau cr gantinya..dimanenye?
Cinta Untuk setiap hari bukan Selamanya...

www.tips-fb.com
Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

32years old already...

Dear Abg,

" Happy birthday, Yayang ! 32years old already. 4 december . Alhamdullilah :-) Tercapai hajat abg kan, nak kawen dgn syg umur abg 32 tahun. 8tahun lg utk ke 40-an...hehehe.
Semoga pjg umur dan murah rezeki. Semoga apa yg dihajati akan termakbul, insyAllah :-)
Our planning life, insyAllah...setelah syg sah menjadi isteri abg nanti, kite akan sama2 menakhodakan melayari bahtera kehidupan kita. Yang paling syg mahukan adalah untuk memberikan abg kebahagian dgn bakal anak2 abg nanti. Syg mengerti dgn umur abg yg sebegini, mahukan sesuatu yg bererti..insyAllah abg. Syg dah bersedia utk family planning kite nanti, syg akan beri zuriat yg ramai utk abg...insyAllah :-) "
Syg dapat hadiahkan abg 'rayban' yg tak semahal mana pun, yg tidak akan 'semahal' cinta dan kasih syg pada abg. Aku belikan kat Melaka, mase tu jalan2 ngan family aku, so kebetulan, aku belikan utk dia.

Cinta Untuk setiap hari bukan Selamanya...

www.tips-fb.com
Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS