Salam,
Dear all,
Tahun ini adalah tahun yang mengembirakan aku, dan tentunya yayang .. segala penantian dan janji yang pernah aku dan dia berjanji, aku mengambil keputusan tahun ini adalah tahun yang paling sesuai untuk kami bersatu untuk selama2nya. Dan akhirnya aku mencapai cita-cita, mahu menjadi seorang cikgu,insyAllah :-) Abg adalah orang yang paling setia, sokongan yang kuat menyokong aku, dia abaikan segala suara2 yang kurang enak utk didengari,abg mmg kuat,masih boleh tersenyum...dlm hati abg?
Awal umur selepas SPM, aku tak mengerti ape2 ttg ini semua..sekalipun dia pernah melamar aku sebagai isterinya,aku menolak dengan baik. ' Abg, ati belum bersedia lagi...' maafkan ati, kite teruskan perhubungan ini sebagai sahabat dan juga kekasih.
Semua org pasti ade pengalaman hidup yang berbeza, dan pastinya pengalaman mengajar kita lebih matang dalam membuat keputusan.
Selepas aku melanjutkan pengajian diploma, sekali lagi abg masih bercerita sungguh2 ttg perkahwinan. Aku masih ingat lagi, abg bersungguh-sungguh bercerita ttg seandainya kami suami dan isteri dan abg impikan keluarga yang bahagia. Ya, semua org yang bercinta mahu kan suatu hari nanti menjadi keluarga yang bahagia. Aku tak marah masa tu, tapi aku smpikan dgn baik..'Abg, ati masih belum bersedia lagi untuk itu semua dan jgn cerita lagi yer, sbb perjalanan kita masih jauh lagi, Ati pasti tahun 2010 akan mengubah segala2nya, tahun itu adalah tahun yang paling sesuai untuk kita,percayalah'.Ya Allah, Ya tuhanku...sehingga kini aku rasa aku telah melukai hati abg.Maafkan ati...
Sehingga kini, dia dah tak mcm dulu..maksud aku dia tak ada cerita ttg itu semua...yg dia tahu dia terus menunggu, menanti dengan janji dan pasti. Sejujur, seikhlas..tak penah menduakan aku...kami tak penah bergaduh disbbkan abg ade org ketiga....Dia menjaga hati aku dengan baik sekali...tp aku saje yg menurut kata hati yang terburu2...maafkan ati abg...
Pernah aku luahkan satu masa dulu, 2 tahun yg lepas..abg dulu suke cerita pasal kahwin, nak hidup bahagia ..ade anak2..tapi skrg syg yang selalu beriya2 cerita..kebiasaannya, mmg aku akan mulakan cerita, syg dah berjaya, kite beli rumah, ade anak2 yg comel, hidup bahagia....Mungkin abg dah terlalu bersabar dgn penantian ini....die tak penah marah,klu aku bercerita , masih boleh melayan kerenah aku...maafkan ati abg..
Di entri lepas, aku dah dapat kesimpulan dari itu...Ya, mmg aku orangnya terlalu complicated, detail, hal remeh2 pun aku akan fikirkan,kalian bagaimana pula?...its my dreams...wedding dreams, i want to be Raja Sehari yang paling bahagia bersama abg masa itu, insyAllah..aku mahukan semua tetamu yang dtg meraikan dan mendoakan kami bahagia hingga ke anak cucu. Aku mahu happy, tenang, relax spjg pembikinan wedding dreams ni...tapi bukan se'relax' yang boleh tanpa berfikir....bukan setakat perkahwinan yang bakal berlangsung,kita akan rase teruja saat kita dinikahkan dgn org yang kita cintai dan kasihi. tapi Persediaan aku sebagai seorang isteri , melangkah ke alam yang baru...status aku bukan lagi seorang yang boleh ke sana ke mari, sesuka hati....menjaga maruah keluarga, suami dan diri sendiri...aku kena kuat dari segi mental , fizikal dan bersedia dari sekrg untuk mengharungi alam yang berbeza selepas 25 tahun aku di bawah jagaan ibubapa aku.
Aku berfikir berulang2 kali....setiap hari..sebelum tidur, memunasabah diri sendiri..akhirnya aku mahu menjernihkan jiwa ini untuk lebih yakin, teguh, dan tenang dalam menghadapi ini semua...menghapuskan dosa2 yang lalu. Terima kasih pd kwn2 yang setia dan tidak jemu memberi nasihat.Terima kasih jugak buat kwn blog2 sy yg selalu mengikuti cerita aku...
Disini saya sertakan entri khas untuk berkongsi sedikit ilmu. Terima kasihkrn sudi membaca.
Cinta Untuk setiap hari bukan Selamanya...
0 sharing & caring:
Post a Comment