Life about the little girl, who the bride to-be want make her wedding diaries comes true...

Nurulsigim & Kamaruzaman



my endless love..

Our Tentatif?

 Salam,
  
Dear all,
Our tentatif? engat ni acara program ke ? huhu...ops, lebih sedap kite panggil sebagai aturcara majlis.
Setelah kata sepakat  family 2 pihak kami,semenjak 14Feb yang lalu, kami dah mengatur acara rasminya majlis perkahwinan kami ni..

Seperti maklumam aku sendiri, aku memilih majlis pernikahan kami dilangsungkan pada 5June2010, jam 10pg, insyAllah, jika tiada aral melintang, sbb kami belum ke prosedur mem'book' tok kadi lagi sbb borang kebenaran masih lum complete lagi. Akhirnya tunangku akur untuk bernikah di rumah, sbb diatas permintaan rasmi nenda tersyg aku.
Majlis seterusnya sesi penyerahan mas kahwin dan juga majlis membatalkan air sembahyang, salam ibubapa dan family dan solat sunat bg pengantin. Seterusnya, majlis merenjis pengantin bagi sanak saudara,kenalan terdekat dan juga sesi bergambar ...sila2...

Dan majlis penutupnya, adalah majlis jamuan....jemput2 ye,jgn segan2...

Selepas zuhur, aku memilih majlis khatam Al-Quran dibantu oleh adik sepupu aku, Amira dan di guide oleh Mak...aku lupe nama die..huhu. Dia akan guide kami untuk majlis ni, simple je majlis ni. Dan majlis penutupnya, majlis jamuan ringan je, aku pilih menu roti jala..sedap woo..

Mengikut org tua2,majlis berinai kecil malam kan? Aku pilih siang lepas majlis khatam...senang je, 4 salin je..x byk noq..ape lg berposing la kan...

Dan sebelah malamnya lepas isyak, aku memilih majlis berinai besar...ececeh,nak jumpe abg ni mase ni..hehehe.majlis merenjis , kami memilih persalinan tradisional : songket. Sesi amek2 gambar. Dan majlis penutup ni, memilih acara potong pulut kuning...sedap lagi...huhu.


Keesokkannya, Majlis Persandingan 6June2010
Kami memilih waktu lepas zuhur, 2.30ptg untuk berarak dan bersanding dengan paluan kompang...dupdap..dupdap!..huhu.diringi dengan flower girl kesygn aku...huhu..tuela satu2nya..mazwin :-)

Acara merenjis tepung tawar bg family pengantin, sanak saudara dan kenalan...sila2, dpt bunge telur ni...

Acara seterusnya, semestinya bersanding kat peti rakne..betul ke aku eja ni?? bantai la... pelamin my dear! singgahsana yg indah ...ape lg acara tabur2 duit syiling & gula2 la kan....nak kate campak2 x best..kite guna tabur2..huhu...saje2 ni, tak ade niat ape2  acara ni. Yela raja sehari kn kaya...hehehe..

Okeh, seterusnya...sesi bergambar dengan family ,sanak saudara dan kenalan...cpt2..pasangan tercantek ari tu je..huhu...sebelum melangkah keluar g makan santun..huhu...makan beradab.

Acara makan beradab di meja khas dihias cantek...sedap lauk2nya..mampu ke mkn byk pengantin? huhu. ok, next, sesi suap menyuap...sila2 alert ek photographer....sesi bergambar sekejap ;-)
Ok, next acara potong kek kahwin....2 tingkat je, xnak tinggi2 sbb aku ni bukan tinggi ...kang kek tinggi sgt, muka aku x dpt dlm gambo..huhu....okeh, potong.......sesi suap menyuap..abg mkn sikit, syg mkn sikit...hehehe. cpt...cpt...sesi bergambar lg ni....sila2...

ok..ape lg....ok, sesi salam2 dengan tetamu yang hadir...family pihak laki nak balik, aku kene bagi 1 pahar bunga telur. Aku percaya saat ni pasti ade, org nak bergambar. dan juga sesi bergambar dlm bilik pengantin dan juga kat pelamin ek, jgn dilupakan.huhu...sila2..sila2..lepas abes kul 5ptg, nak buat outdoor photoshoot, dh redup..angin2 sempoi23 bahasa gitu...leh la cabut jap g mane2 tmpt yg cantek kan...okeh..penat tul ari ni, huhu...

Percayalah, aku dgn abg akan mengemas rumah lepas majlis....kan nak bior terkontang-kanting kan....bagi clear semua!..huhu

Sesi mlm ,nak wat pe ek...larat ke nak bukak hadiah? klu larat bukak lah sesi membukak hadiah....huhu. klu x larat bawak alik je dulu, mcm rase terus longlai je nanti...tp aku rase aku dgn abg kene alik umah mak abg, sbb get ready utk majlis kenduri doa selamat plak...

so..sekian :-) aturmajlis kami yang sederhana, tp meriah hendaknya, InsyAllah :-)

nota kaki : aku perlu membuat rough storyboard utk videography nanti..supaya die tak pening...


Cinta Untuk setiap hari bukan Selamanya...

www.tips-fb.com
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 sharing & caring:

Unknown said...

waaa, kena ada syiling br leh baling2 ke? kalao tak baling syiiling tapi baling duit kertas leh? hehhehe

Zahra Ashiqin said...

ko ni nahwal...leh je...tp melayang2 la duit singgit tu...hehehe...duit syiling ade bunyi ..glamer sikit..hahah